Monday 26 April 2021

CONTOH PROPOSAL KAJIAN ILMIAH

 ISI KANDUNGAN

 

 

BIL PERKARA HALAMAN

     

1.1 Pengenalan Kajian 1

1.2 Latar Belakang Kajian 12

1.3 Penyataan Masalah Kajian 3

1.4 Persoalan Kajian 4 

1.5 Objektif Kajian 4

1.6 Kajian Literature 4 – 5

1.7 Signifikan Kajian 5

1.8 Skop dan Limitasi Kajian 5   

1.9 Metodologi Kajian 6 

  1.9.1 Reka Bentuk Kajian 6 

  1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data 6 

  1.9.3 Kaedah Menganalisis Data 6 

1.10 Definisi Terminologi/ Pemboleh Ubah 7 

       1.10.1 kemurungan   7

               1.10.2 Budaya sekolah 7 

               1.10.3 Kefungsian keluarga  7 

1.11 Kerangka Konsep 8 

1.12 Rumusan 8 

1.13   Rujukan 9-12


1.1 PENGENALAN KAJIAN

 Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental termasuk "kesejahteraan subjektif, dianggap keberkesanan diri, autonomi, kecekapan, kebergantungan antara generasi, dan aktualisasi diri potensi intelektual dan emosi seseorang, antara lain. WHO selanjutnya menyatakan bahawa kesejahteraan individu disepadukan dalam merealisasikan kemampuan mereka, menghadapi tekanan normal kehidupan, kerja produktif dan sumbangan kepada komuniti mereka.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat garis penentu yang jelas dalam membezakan antara mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik dan mereka yang tidak. Terdapat banyak tahap dalam kesihatan mental.Tiada satu kriteria yang boleh digunakan untuk membuktikan kesihatan mental yang baik.Tiada seorang individu pun yang mempunyai semua ciri-ciri kesihatan mental yang baik pada setiap masa.Ia banyak bergantung kepada faktor individu, sosial dan persekitaran.Terdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa.

Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.

Kesihatan mental sangat penting bagi setiap individu hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental. Dalam kajian ini membincangkan pengaruh kefungsian keluarga, budaya sekolah terhadap kemurungan pelajar sekolah menengah harian.

 

 

 

 

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Yen Teck Hoe (2009) dalam Amirah Amaly (2009) berkata kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi yang sering melanda dalam diri seseorang. Secara tidak langsung, ini menjejaskan keupayaan mental dan fizikal di mana akan memberi kesan negatif terhadap modal insan negara, kerjaya, krisis sosial dan merendahkan kualiti hidup penduduknya. Menurut Norton (2017) kemurungan merupakan masalah kesihatan utama dan dikenal pasti sebagai salah satu penyebab kepada kemerosotan kualiti hidup manusia. Sebagai sejenis gangguan mental tidak terkecuali kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur jantina mahupun bangsa.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjalankan satu kaji selidik berhubung kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini. kaji selidik itu termasuk data pelajar yang mengalami masalah seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain yang boleh menjurus kepada hasrat membunuh diri. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 menunjukkan satu daripada lima remaja berumur 13 hingga 17 tahun mengalami kemurungan, dua daripada lima pula mengalami keresahan dan satu daripada 10 berdepan dengan stres. kajian sama juga mendapati trend peningkatan dalam tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja iaitu peningkatan idea bunuh diri kepada 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012.

Kemurungan dalam kalangan pelajar berkait rapat dengan persekitaran pelajar anataranya berpunca daripada kefungsian keluarga dan budaya di sekolah. Menurut Sapouna dan Wolke (2013). Kefungsian keluarga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penyesuaian emosi dan tangkah laku dalam kalangan pelajar yang bermasalah, dan intervensi bagi membantu pelajar untuk berdaya tahan akan lebih berjaya jika mensasarkan kepada kemahiran psikososial remaja dan hubungan mereka dengan ahli keluarga.  

Budaya sekolah selalunya dihuraikan dengan ‘inilah cara kita melakukan kerja di sini’. Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain, dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuah sekolah. Budaya merangkumi peraturan yang tidak tertulis serta juga tradisi, norma dan ekspektasi (Deal dan Petterson, 1999; Prosser, 1999). Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Sebahagian penulis menggunakan perkataan etos bagi menghuraikan budaya (Donnelly, 1999). Etos sekolah menjelaskan mengenai matlamat yang perlu dicapai, perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan. Tambahnya, etos sesebuah sekolah adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya identiti budaya ahlinya, tradisi organisasi, agama serta personaliti ahli-ahli. Setiap individu akan bersosialisasi ke arah menerima dan mengikuti sesuatu budaya dan kebiasaannya proses ini berlaku tanpa disedari.

Sudah menjadi fitrah setiap manusia yang cinta akan akan sesuatu yang cantik bersih dan ceria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah yang baik bagi meransang pembentukan jiwa yang tenang dan sebaliknya jika persekitaran sekolah tidak tenteram , kucar kacir dan selalu bising ini boleh menyumbang kepada kemerosotan pelajaran pelajar seterusnya boleh menyebabkan pelajar menghadi gangguan emosional menjerumus kepada kemurungan. Berdasarkan perkara itu timbul satu perasaan untuk mengetahui sejauhmana kefungsian keluarga dan budaya sekolah memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar.

 

1.3 PENYATAAN MASALAH

Isu Kemurungan perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membenteras pelajar daripada gangguan yang semakin meningkat saban tahun ini. Masalah kemurungan ini dilihat mula menular dalam kalangan pelajar sekolah malahan kemurungan dikaitkan dengan tingkah laku membunuh diri manakala individu yang menggalami gangguan kemurungan yang teruk akan membuat cubaan membunuh diri Maka masalah yang kian membimbangkan ini perlu ditangani dengan sebaiknya agar masalah kemurungan dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

Apa yang membimbangkan ialah tahap kemurungan pelajar semakin membimbangkan hal ini berpunca daripada budaya sekolah dan kefungsian keluarga yang banyak mempengaruhi gangguan emosi pelajar. Keseriusan isu kemurungan dalam kalangan pelajar perlu diatasi dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor dan persekitaran yang dapat membantu membenteras punca kemurungan pelajar. Oleh itu penyelidikan ini perlu untuk mengkaji ciri-ciri budaya sekolah dan peranan kefungsian keluarga yang membawa kepada kemrungan pelajar dan akhir sekali tahap-tahap kemurungan dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

 

 

 

 

1.4 PERSOALAN KAJIAN

 

1) Mengenal pasti ciri-ciri budaya pelajar sekolah Menengah harian di Kuala Kangsar, Perak

2)  Mengenal pasti peranan keluarga yang mempengaruhi emosi pelajar Sekolah Menengah harian di Kuala kangsar Perak

3) Mengenal pasti tahap-tahap kemurungan pelajar sekolah Menengah Harian di Kuala Kangsar Perak.

 

1.5 OBJEKTIF  KAJIAN

1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan budaya di sekolah budaya ? 

2) bagaimnakah fungsi keluarga ini mempengaruhi emosi pelajar?

3) Apakah tahap-tahap kemurungan pelajar sekolah

 

1.6 KAJIAN LITERATUR

 

Berikut merupakan tinjauan kajian lepas yang dijalankan oleh Nor shafrin Ahmad, Aziah Ismail dan Siti Nur Nadhirah Mohd Ashri bertajuk ketahanan diri dan kemurungan dalam kalangan murid sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa ketahanan diri penting diajar kepada murid sekolah dalam usaha membantu mereka mengurangi intensiti kemurungan. Kajian lepas oleh skrove Romunstand dan Indredavik (2012), tentang ketahanan diri, gaya hidup dan simptom kebimbangan serta kemurungan dalam kalangan remaja juga mendapati bahawa ketahanan diri dapat melindungi remaja daripada mengalami simptom kebimbangan dan kemurungan.

  Seterusnya menurut Sapouna dan Wolke (2013), kefungsian keluarga memainkan peranan penting dalam menggalakkan penyesuaian emosi dan tingkah laku dalam kalangan pelajar yang bermasalah, dan intervensi bagi membantu pelajar untuk lebih berdaya tahan akan lebih berjaya jika mensasarkan kepada kemahiran psikososial remaja dan hubungan mereka dengan ahli keluarga. Ini sekaligus menyokong dakwaan Bowes et al. (2010) berkaitan pengaruh hubungan kekeluargaan terhadap pembangunan ketahanan diri untuk jangka panjang bagi pelajar yang dibuli, yang mana mendapati kehangatan yang diperoleh dari kasih sayang ibu bapa dan adik-beradik, serta suasana positif di rumah mempunyai hubungan dengan kurangnya permasalahan berkaitan emosi dan tingkah laku seperti kemurungan dan kekerasan, berbanding jangkaan yang dibuat ke atas mangsa buli, dalam tempoh dua tahun berikutan pengalaman menjadi mangsa buli. Kajian ini memperlihatkan betapa pentingnya kefungsian keluarga dalam melindungi pelajar untuk lebih berdaya tahan.

Budaya sekolah juga akan mempengaruhi setiap komponen yang wujud di sesebuah sekolah, antaranya topik perbualan antara guru-guru semasa waktu rehat di kantin sekolah, bentuk-bentuk arahan yang akan dihargai, perkembangan kakitangan yang dilalui serta kepentingan proses pembelajaran pelajar (Deal dan Peterson, 1999).

1.7 SIGNIFIKAN KAJIAN

    

Penyelidik berharap agar kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua golongan kursusnya kepada para pelajar. Pelajar boleh mengetahui tahap-tahap kemurungan yang dihadapi seterusnya mendapatkan rawatan

Kajian ini juga penting dalam dunia kaunseling dan psikologi sebagai rujukan untuk mengenalpasti individu yang menghidapi simptom-simptom kemurungan untuk memudahkan proses rawatan dijalankan.

Kajian ini juga penting kepada ibu-bapa dan sekolah supaya sentiasa berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada pelajar menghidapi kemurungan.

  

1.8 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN

 

Skop lokasi penyelidikan ini hanya tertumpu kepada pelajar sekolah menengah harian di Kuala Kangsar sahaja. Manakala skop kajian pula melihat pada kemurungan pelajar yang dipengaruhi oleh budaya sekolah dan kefungsian keluarga serta tahap-tahap kemurungan pelajar sekolah menengah. Teknik  persampelan rawak sistematik dan rawak mudah digunakan bagi pemilihan responden.

 

 

 

 

1.9 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat.  Kaedah persampelan rawak sistematik digunakan dalam kajian ini dalam memilih responden.  Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian yang merangkumi beberapa item berdasarkan objektif kajian.

 

1.9.2 Kaedah Pengumpulan Data 

Kaedah pengumpulan data adalah melalui Borang soal selidik set soalan yang dibangunkan dan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan data yang sesuai apabila mengetahui dengan tepat apa sebenarnya yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pemboleh ubah yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Soal selidik ini mengandugi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden.

1.9.3 Kaedah Menganalisis Data 

Maklumat yang diperolehi melalui soal selidik akan diproses dan di analisis. Pemperosesan data melibatkan aktiviti-aktiviti mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan data ke dalam computer. Di dalam pemperosesan data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS versi 20. 

 

 

 

 

 

 

1.10 DEFINISI TERMINOLOGI/ PEMBOLEH UBAH

1.10.1 Kemurungan     

Konseptual: Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah ser ta hilang minat dalam aktiviti harian.

Operasional: kemurungan dalam kajian ini merujuk kepada tahap-tahap pelajar sekolah menengah harian di kuala kangsar yang mengalami masalah kemurungan.

 

1.10.2 Budaya sekolah 

Konseptual: Budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkahlaku yang semuanya berbeza daripada institusi-institusi sosial yang lain, (Marimuthu 1990).

Operasional: Budaya sekolah dalam kajian ini merujuk kepada cara hidup pelajar di sekolah secara formal dan tidak formal 

 

1.10.3 Kefungsian keluarga

Konseptual: Walsh (1982) memberikan model penilaian komprehensif proses keluarga yang normal. Menurutnya normalitas keluarga bisa dilihat dalam empat terma yaitu; kesehatan atau ketiadaan penyakit (health or the absence of patology), visi ideal atau optimal kefungsian keluarga, statistik rata-rata, proses normal termasuk siklus kehidupan keluarga.

 

Operasional: kefungsian keluarga dalam kajian ini merujuk kepada peranan kefungsian keluarga dan pengaruhnya terhadap emosi pelajar

 

 

 

 

 

1.11 KERANGKA KONSEP

 

 

 

 

 

1.12 RUMUSAN 

 

Berdasarkan kajian dan rujukan yang telah dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa bagi membantu lebih banyak pelajar agar lebih berdaya tahan dan kemurungan dapat dibendung semua pihak sama ada institusi pendidikan, keluarga, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, media massa dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam memberi kesedaran kefungsian keluaraga dan budaya budaya sekolah yang yang baik dapat memupuk ketahanan diri pelajar agar masalah kemurungan dapat dibendung serta membentuk pemikiran yang sihat. Dengan terjelasnya ciri-ciri budaya sekolah dan peranan kefungsian keluarga serta pengaruhnya terhdap emosi pelajar maka diaharap pelajar yang merupakan generasi harapan negara lebih rasional dan realistik dalam menangani pemikiran dan emosi mereka dalam mendepani segala cabaran akademik mahupun dalam kehidupan seharian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 1.13 RUJUKAN

Abdul Aziz Ismail, Maria Chong Abdullah, Mohd Salmi Osman, Samsilah Roslan (2015). Daya Tahan dalam Kalangan Guru Alaf 2. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-9.

Abdul Malek Abdul Rahman, Ahmad Jazimin Jusoh, Muhammad Aziz Shah Mohamed Arip, Muhammad Bazlan Mustafa, Muzaffar Syah Hj Mohd Ghazali, Syed Sofian Syed Salim (2015). Kesan Program Pencegahan Dadah berasaskan Modul Pengubahsuaian Corak Pemikiran(PCP) ke atas Daya Tahan dan  Kelansangan dalam Kalangan Belia Berisiko. Jurnal Antidadah Malaysia, 1-16.

Ahmad Jazimin Jusoh, Amelia Mohd Noor,  Aslina Ahmad,  Faizura Rohaizad, Muhammad Bazlan Mustafa, Mohammad Nasir Bistamam,  Mohd Noor Idris, Noraini Hj.Ismail,  Samsiah Mohd Jais (2015). Kesan Kaunseling Kelompok Penyesuaian Remaja Terahadap Resilien dalam Kalangan Remaja Berisiko Mengambil Dadah. Jurnal Antidadah Malaysia, 1-13.

Cheah Wei Hua, Ruslin Bin Amir (2020). Penghargaan Kendiri dan Motivasi Pencapaian Terhadap Pencapaian Bahasa Inggeris Murid. International of Education and Pedagogy, 2(1), 216-234

Claudia Putu Desiana Chyntia Dewi & Putu Nugrahaeni Widiasavitri (2019). Resiliensi ibu dengan anak autisme. Jurnal Psikologi Udayana, 6 (1), 193-206.

Dina Kartika Putri, Myrnawati Crie Handayani & Zarina Akhbar. (2020). Pengaruh Media Pembelajaran dan Motivasi Diri terhadap Keterlibatan Orang Tua dalam Pendidikan Anak. Jurnal Obsesi, 4(2), 649-657.

Diyah, K. D., & Sunarso (2020). Strategi pembentukan ketahanan pribadi siswa berbasis nilai-nilai pancasila untuk membangun kesadaran bernegara (studi si SMA Taruna Nusantara Magelang Jawa Tengah). Jurnal Ketahanan Nasional, 26 (1), 40-54.

Dwi Oktofianto. (2018). Penguatan Karakter Berbasis Jati Diri Bangsa Pada Pelajar Nahdlatul Ulma dN implikasinya terhaap ketahanan pribadi pemuda. PKn Progresif, 13(2).

Ezarina Zakaria, Noraini Mohd Sukor, Nur Saadah Mohamad Aun (2019). Sokongan Sosial, Daya Tahan dan Kesejahteraan Subjektif Remaja di Institusi Perlindungan Jabatan Masyarakat. Journal of Social Science and Humanities, 16(9), 184-198.

 

Ezarina Zakaria, Fauziah Ibrahim, Nor Jana Saim, Mohd Norahim Mohamed Sani, Salina Nen (2017). Faktor-Faktor Penyumbang Ketahanan Diri Penagih untuk Pulih Bebas Dadah. Journal of Social Science and Humanities, 12(1), 60-74.

Farah Adibah Ibrahim, Faizah Abd Ghani (2018). Pengaruh Ketahanan Ibu Tunggal Terhadap Kesejahteraan Psikologikal Ibu Tunggal. International Journal of Education,Psychology and Counseling, 3(7), 25-37.

Fauziah Ibrahim, Nazirah Hassan Dan Werdi Werdana Agus Salim. (2018). Mengukur Tahap Ketahanan Diri Mahasiswa B40 Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 21(1), 19-27

FX. Suwarto. (2016). Ketahanan mental fizikal rohani dan keupayaan untuk menguruskan tekanan dan tahap keyakinan diri dengan motivasi kerja. Jurnal manajeman, XX(2), 169-188.

Heru Dwi Wahana. (2015). Pengaruh Nilai-Nilai Budaya Generasi Millennial Dan Budaya Sekolah Terhadap Ketahanan Individu. Jurnal Ketahanan Nasioanal, 1, 14-22.

Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin (2016). Tahap daya tahan dalam kalangan pelajar IPTA di Malaysia dan di luar negara. Jurnal Personalia Pelajar, 19 (1), 75-85.

Irwan, Muhammad Supraja & Ahmad Zubaidi (2016). Dinamika aktualisasi diri pemuda rantau dan implikasinya terhadap ketahanan pribadi. Jurnal Ketahanan Nasional, 22 (3), 306-320.

Ifdill Ifdill, Amandha Unzilla Denich dan asmidir Ilyas. Hubungan Body Image Dengan Kepercayaan Diri Remaja Putri. Jurnal kajian Bimbingan dan kauneling, 2(3), 107-113.

Kasim, M., Ahmad, N. S. (2019). Ketahanan Diri Akademik Dalam Kalangan Murid Daripada Ibu Bapa Bercerai. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 16(1), 233-256.

Leafio Rinta. (2015). Pendidikan SekSual Dalam Membentuk Perilaku Seksual Positif pada remaja dan implikasnya terhadap ketahanan psikolgi remaja. Jurnal ketahanan nasional, 21(3), 163-174.

Mohd Efendi, Mohammed Afandi Zainal, Muhamad Firdaus Mohd Noh, Ahmad Zamri Khairani, Normawati Abdul Rahman, Hisyamsani (2020). Pengujian Psikometrik Item Kecerdasan Menghadapi Cabaran untuk Pelajar Lelaki Kejuruteraan Mekanikal Menggunakan Model Pengukuran Rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia. 45(1), 87-100.

 

Mohd Effendi, Ewan Mohd. M, Ahmad Zamri K. (2017) Hubungan Antara Dimensi Penyesuaian Diri Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Politeknik. Journal of Youth Studies, 16(1), 2180-1649Musdalifah Dachrud, Aris Soleman (2015). Memahami Pencitraan Politik Melalui Pendekatan Mekanisme Pertahanan Diri. Jurnal Potret Pemikiran. 19(2).

Mohd Suhaimi Mohamad, Nasrudin Subhi & Daniella M. Mokhtar (2020). Hubungan penghargaan kendiri, resilien, sikap asertif dan kepimpinan dalam kalangan “Mat Rempit” di Lembang Klang. Jurnal Psikologi Malaysia, 34 (2), 206-216.

Muhammad Faizal A.Ghani, Mohd Shahril Nizam Shaharom, Salwani Shafee, Siti Nafsiah Ismail, Zuraidah Abdullah (2019). Pengaruh Pembelajaran Akademik Anak-Anak Keluarga Fakir Miskin di Sekolah-Sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, (6)2, 44-51.

Musdalifah Dachrud, Aris Soleman (2015). Memahami Pencitraan Politik Melalui Pendekatan Mekanisme Pertahanan Diri. Jurnal Potret Pemikiran. 19(2).

Nadia Refilia Dewi & Wiwin Hendriani (2014). Faktor protektif untuk mencapai resiliensi pada remaja setelah penceraian orangtua. Jurnal Psikologi Klinis dan Kesehatan Mental, 3 (3).

Neil Raphael Anak Sari, Shahlan Surat (2020). Hubungan Daya Tahan Pelajar Sekolah Rendah Pedalaman Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Dunia Pendidikan. 2(1), 165-170.

Nor Shafrin Ahmad, Aziah Ismail dan Siti Nur Nadhirah Mohd Ashri. (2020). Ketahanan Diri Dan Kemurungan Dalam Kalangan Murid Sekolah. Journal Of Education Research And Indigenous Studies,1(2).

Noraffy Ahmad & Nasrudin Subhi (2020). Meneroka faktor resilien dalam kalangan remaja hamil tanpa nikah yang tinggal di Pusat Perlindungan. Jurnal Psikologi Malaysia, 34 (2), 168-183.

Noremy Md. Akhir, On Kan Soh & Nur Hafizah Md. Akhir (2020). Faktor pengaruh resilien mangsa banjir: Kajian kes di Kelantan. Jurnal Psikologi Malaysia, 34 (2), 105-118.

Norasmah Othman, (2017). Daya Tahan Pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia. 42(1)77-86.

Nurnadhira Nazri, Norlena Salamuddin (2019). Ketahanan Mental dan Kecerdasan Emosi dalam Kalangan Atlet Berpasukan dan Individu. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8(2), 10-23.

 

Nurul Adila Ahmad Tajuddin, Ruslin Amir (2017). Hubungan Daya Tahan dan Potensi Kebolehpasaran di Kalangan Pelajar UniKL Micet, Melaka. Jurnal Fakulti Pendidikan, 2109-2116.

Nurul Adila Ahmad Tajuddin, Ruslin Amir (2017). Hubungan Daya Tahan dan Potensi Kebolehpasaran di Kalangan Pelajar UniKL Micet, Melaka. Jurnal Fakulti Pendidikan, 2109-2116.

Salsabila Wahyu Hadianti, R. Nunung Nurwati & Rudi Saprudin Darwis (2018). Karakteristik individu resilien pada remaja berprestasi yang memiliki latar belakang orang tua bercerai. Jurnal Penelitian & PPM, 5 (1), 1-110.

Siti Hajar Kamaruddin, Haslinda Abdullah, Jamiah H Manap, Turiman Suandi (2016). Daya Tahan Belia: Pengaruh Hubungan Perapatan Dalam Institusi Kekeluargaan. Journal of Social Science and Humans. 2,160-172.

Siti Hajar Mohamad Yusoff. (2016). Kefungsian Dan Ketahanan Diri Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian. Proceeding of Icecrs, 1, 131-138.

TH Subra, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Kala Devi. (2019). Ketahanan Diri Dalam Mempengaruhi Aspek Keciciran Pelajar India Di Daerah Kuala Muda Kedah. International Journal Of Modern Education, 1(3), 10-23.

Tharshini Sivabalan1, Fauziah Ibrahim (2018). Faktor-Faktor Pelindung Yang Menyumbang Ke Arah Pengintegrasian Semula Banduan Yang Berjaya: Satu Kajian Ulasan Sistematik. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences. 12(1), 54-63.

W. A. Ami Zal (2018). Ketahanan Komuniti Mangsa Bencana Banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam Konteks Modal Komuniti. Journal of Nusantara Studies, 3(2), 41-53.

Zainah Ahmad Zamani, Rohany Nasir, Asmawati Desa, Rozainee Khairudin & Fatimah Yusooff (2015). Kefungsian keluarga, pengherotan kognitif dan ketahanan diri dalam kalangan klien Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan klinik Cure and Care (C&C). Jurnal Antidadah Malaysia, 9 (1).


No comments:

Post a Comment

CONTOH LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK SECARA ONLINE

  Sesi Ke       : 1 Tarikh : 26 December 2020 Masa Mula  :   2.30 pm Masa Tamat : 3.58 pm Jumlah Jam : 1 jam 28 minit ...