Monday 26 April 2021

ETIKA KAUNSELING

 C.2.e KONSULTASI MENGENAI OBLIGASI ETIKA.

Kaunselor mengambil langkah berpatutan untuk berunding dengan kaunselor lain atau profesional yang berkaitan apabila mereka berhadapan dengan persoalan berkaitan obligasi etika atau amalan professional.

Maksudnya seorang kaunselor yang berhadapan dengan persoalan berkaitan obligasi etika atau amalan profesional perlulah meminta pandangan daripada kaunselor lain atau professional lain bagi menyelesaikan persoalan tersebut.

C.2.f. PENDIDIKAN BERTERUSAN

Kaunselor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan mengekalkan Pendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik dan professional terkini dalam bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkan kompetensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedur baru, dan sentiasa kemas kini dengan maklumat mengenai populasi pelbagai dan khusus yang mereka kendali.

Menurut kod etika ini seorang kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran mengikut peredaran masa untuk berhadapan dengan klien yang pelbagai jenis isu.

C.2.g. KETIDAKUPAYAAN

Kaunselor perlu peka terhadap tanda-tanda ketidakupayaan fizikal. Mental atau masalah emosi mereka. Mereka hendaklah tidak menawar, atau memberikan perkhidmatan professional, jika ketidakupayaan sedemikian boleh memudaratkan klien atau individu lain. Mereka perlu mendapatkan bantuan bagi masalah yang boleh mencacatkan perkhidmatan profesionalnya. Jika perlu, mereka hendaklah membatas , menggantung, atau menamatkan tanggungjawab professional mereka ke satu masa mereka disahkan boleh meneruskan kerja mereka dengan selamat. Kaunselor hendaklah membantu rakan sejawat atau penyelia menerima ketidakupayaan professional mereka dan memberikan konsultasi serta bantuan apabila diperlukan. Mereka juga hendaklah melakukan yang bersesuaian sekiranya perlu bagi mencegah kemudaratan yang mungkin menimpa klien.

Maksud ketidakupayaan dalam kod etika ini ialah apabila kaunselor berhadapan dengan isu klien tidak dapat kaunselor tersebut tangani ataupun boleh mencederakan diri klien dan orang disekelilingnya kaunselor itu perlulah menarik diri daripada memberikan khidmat kaunseling terhadap klien tersebut. Contohnya, jika klien ingin membunuh diri perkara tersebut berada diluar bidang kaunselor dan kaunselor boleh menamatkan sesi dan meminta bantuan pihak tertentu yang lebih layak kerana perkara tersebut telah termasuk dalam undang-undang negara dan boleh mencederakan diri klien.

C.2.h. KETIDAKMAMPUAN KAUNSELOR ATAU PENAMATAN PRAKTIS

Apabila kaunselor menamatkan praktisnya, mereka perlu mengikuti prosedur yang disediakan untuk memindahkan klien dan failnya. Kaunselor perlu bersedia dan menyampaikan kepada rakan sejawat yang dikenal pasti atau menyimpan rekod atau perancangan memindahkan klien dan failnya jika mereka tidak lagi berkemampuan, menamatkan praktis, atau meninggal dunia.

Kaunselor perlu memindahkan klien dan failnya mengikut prosedur jika kaunselor tersebut tidak dapat meneruskan lagi sesi tersebut. contohnya, bagi kaunselor yang tidak berkemampuan, telah menamatkan praktis ataupun telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

CONTOH LAPORAN SESI KAUNSELING KELOMPOK SECARA ONLINE

  Sesi Ke       : 1 Tarikh : 26 December 2020 Masa Mula  :   2.30 pm Masa Tamat : 3.58 pm Jumlah Jam : 1 jam 28 minit ...